Recent Employment Listings

  • Sep 17 - posted by Bünyamin Akan
    • Salary $5,000.00
    • Location Hong Kong [map]
    • Job Type Part-time
    Vizyonu ve misyonu ile örnek networker
  • Aug 14 - posted by Xanderia Malaysia
    • Location Kuala Lumpur [map]
    Xanderia Services Sdn. Bhd. merupakan syarikat perisian kewangan (TechFin) di Malaysia dengan visi untuk menjadi penyedia perkhidmatan TechFin patuh Syariah terkemuka di Asia Tenggara. Xanderia menawarkan produk Pembiayaan Peribadi Islamik (IPF) melalui platform digital mudah alih berasaskan teknolo...
  • Aug 14 - posted by bhatia disc
    • Salary $15,000.00
    • Location Jaridih, Bazar, Jharkhand 829114 [map]
    • Job Type Full-time
    Introducing Bhatia Disc Center - Your Ultimate Destination for Top Brands in Mobiles, TV, Refrigerators, and Electronic Appliances in Jharkhand! Welcome to Bhatia Disc Center, Jharkhand's premier online shopping platform, where you can discover an unparalleled selection of the best brands in mobile...

Employment » Banking & Finance » Pembiayaan Islamik Peribadi

Pembiayaan Islamik Peribadi

  • Location Kuala Lumpur [map]

Job Description

Xanderia Services Sdn. Bhd. merupakan syarikat perisian kewangan (TechFin) di Malaysia dengan visi untuk menjadi penyedia perkhidmatan TechFin patuh Syariah terkemuka di Asia Tenggara. Xanderia menawarkan produk Pembiayaan Peribadi Islamik (IPF) melalui platform digital mudah alih berasaskan teknologi pengkomputeran awan (Cloud Computing), memanfaatkan AI dan analitik bagi meningkatkan keberkesanan produk dan pengalaman pelanggan.


Fokus Xanderia ialah perkembangan kukuh disampaikan melalui platform digital kepada segmen dan komuniti utama yang boleh dibantu dengan produk Pembiayaan Peribadi Islamik (IPF) digital. Dengan menyediakan perkhidmatan pembiayaan patuh Syariah, Xanderia menawarkan nilai produk unik kepada pelanggan yang mencari produk kewangan selaras dengan nilai suci prinsip kewangan patuh Syariah.


Xanderia telah mengenal pasti golongan B-40 sebagai segmen yang terpinggir dalam industri perkhidmatan kewangan Malaysia. Xanderia berhasrat untuk memasuki segmen ini dengan menawarkan produk Pembiayaan Peribadi Islamik (IPF) digital sesuai untuk memenuhi keperluan unik segmen ini khususnya untuk penjawat awam. Tumpuan Xanderia ialah mengoptimumkan proses pembiayaan, yang akan membolehkan penyampaian pengalaman pelanggan yang terunggul di Malaysia. Selain itu, pelaksanaan potongan gaji melalui Biro Perkhidmatan Angkasa (BPA) telah melancarkan proses pembayaran balik dan menambah baik pengalaman pelanggan secara keseluruhan.


Xanderia menawarkan produk Kanz Al-Ilham dan Kanz Raqami kepada penjawat awam Malaysia sempena sambutan Ramadhan dan perayaan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang. Pembiayaan boleh digunakan untuk pelbagai keperluan peribadi dan perbelanjaan isi rumah yang baharu seperti perabot, langsir, pakaian, kasut, dan aksesori untuk menyemarakkan dan memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri. Di samping itu, pembiayaan juga boleh digunakan untuk bayaran deposit kenderaan baharu untuk perjalanan pulang yang selesa ke kampung halaman. Bagi yang ingin menyelesaikan kekangan kewangan ataupun masalah hutang kad kredit, pembiayaan Xanderia turut boleh digunakan untuk membuat penyatuan hutang (debt consolidation) bagi membolehkan penjawat awam meraikan sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan ketenangan dan kegembiraan yang sepenuhnya. https://xanderia.com/my/

84 views